Aku sedih bila teringat peristiwa banjir tempoh hari... http://shilazizi.blogspot.com/2012/03/banjir-lumpur-melanda-aku-trauma.html Nasib baik aku ada sokongan keluarga yang kuat. Inilah tulang belakang kami anak-beranak. Sesama cuci rumah, buang perabot yang dah tak boleh nak guna lepas kena air, buang selut sampai bersalut lumpur seluruh badan. Teringat jugak cakap-cakap jiran aku time aku sidai kain baju yang baru berbasuh akibat berlumpur, 'Ada sedara duduk dekat pun tak datang tolong. U ada orang mari tolong ka?' (Jiran aku ni kaum India) Aku hanya mampu menggeleng je. Dia sambung lagi, 'Kalau kita buat party ka, kenduri ka, tak invite pun boleh mari, kita sekarang susah, semua sedara buat diam je. Datang, tengok rumah. Kotor. Terus patah balik'
Aku akui apa yang jiran aku sebut tu jugak kena kat batang hidung sendiri. Tak ada langsung sedara nak datang menjenguk atau hulur bantuan. Berbeza dengan sorang lagi jiran aku yang sedara & family semua datang dari Kelantan semata-mata nak tolong cuci dan kemas rumah. Sedih mengenangkan nasib diri.
Itulah kan. Dah orang cakap, setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Dugaan yang aku terima dalam banjir tu telah menemukan aku dengan hikmah Allah. Sedara time senang melambak la. Tapi time susah? Setakat bercakap kat FB je, tak guna jugak kan. Aku sendiri tak sangka sedara semua macam ni. Kalau rumah diorang pun banjir sama, tak kisah la. Ini tak, rumah kering-kontang. Tinggal pun sekitar KL je. Bukan nak mengungkit tapi kesian kat mak abah aku yang pantang dengar sedara dalam kesusahan, jam-jam tu gak nak pergi tolong. Sampai sanggup berulang-alik hari-hari pergi rumah sedara. Time mak abah aku susah sekarang ni, sorang pun tak timbul. Menangis diorang mengenang nasib diri. Nasib la ada anak-anak kata diorang. (Aku hampir menitiskan air mata saat taip entri ni)
Asalam.
ReplyDeleteTq ke laman Pesona. Banyakkan sabar ya..
etuza: insyaAllah masih boleh bersabar =)
ReplyDelete