2.1.13

Permulaan Tahun Baru 2013 Yang....Erm...

1st day kerja di tahun baru 2013 dah ada ion-ion negatif yang merasuk dalam diri.  Susahkan bila bercakap dengan orang yang sentiasa nak betul walaupun dah terbukti dia salah.  Hanya kerana pangkat di dunia, kita kena hormat lebih. Tapi maaflah saya bukan jenis tukang kipas or pengampu yang boleh ikut je rentak orang macam ni even orang tu bos or pegawai saya sendiri.  Kalau dah memang bersalah, just admit it.  Orang akan lebih respect bila kita mengaku kesalahan kita dari terus menyalahkan orang lain atas kesalahan itu.

Awal-awal dulu, saya boleh terima lagi situasi macam ni tapi bila dah terlalu melampau, hmm...pepaham sendiri je lah. Even saya masih baru saya kat sini, masih hijau kata orang..tapi banyak kepincangan yang saya nampak.  Bila ditegur, nak marah pulak.  Jangan ingat anda je tau marah, saya pun ada tahap kesabaran saya sebagai manusia.  Sekarang ni bukan kira dah, kalau dah terang-terang salah, memang tak bagi chance dah.

Semakin lama bekerja dengan orang, semakin muak dengan perangai manusia di sekeliling ni.  Andai diberikan rezeki extra oleh Allah, memang saya nak tinggalkan jawatan saya ni.  Semoga usaha saya diberkati olehNya.  InsyaAllah..

Kawan-kawan, doakan saya juga ye.  Saya juga akan mendoakan segala kebaikan dan keberkatan Allah untuk anda semua.


24.12.12

Kebosanan Melanda

Bosan giler hari ni... Dari semalam dah mula macam tak berapa ada mood. Bangun pepagi, tengok jam 5.30 pagi. Wow! Awalnya bangun.  Yang hairannya, dalam takde mood pun leh bangun pagi dengan kesegaran..fresh giler rasa.  Langsung takde rasa nak tidur balik.  Tak tau nak kata feel mood ni camne sebab tak ada mood nak kerja dan tak ada mood nak cuti.  Payahkan camni? Encik Tunang pun perasan... Katanya muka nampak lesu je even pakai bedak & lipbalm.  

Kan orang dedulu kata, keceriaan terletak pada hati.  Kalau dah hati tak happy, haruslah menampak di wajah.  Tak kiralah pakai bedak berapa inci tebal pun. Ni kan pulak pakai bedak suam-suam kuku je. Aku pun tak tau kenapa...Puas gak fikir tapi tak jumpa jawapannya.  Penyudahnya...let it go jee...  

Encik Tunang siap belikan breakfast pagi tadi untuk hiburkan hati.  Alhamdulillah, dia memahami dengan orang yang macam aku ni..Angin tak menentu.   Semoga dia tak berubah kalau dah kahwin nanti =)