23.3.12

Ayat Tak Boleh Blah.. =)

 
Tadi kitorang ada rakaman untuk buat video perpisahan sempena pertukaran bos ke tempat lain.  Memandangkan aku ni ex-PA bos, so, aku bergabung tenaga dengan PA bos untuk buat ucapan bersama-sama (together-gether katanya..).  Antara ayat yang aku rasa nak tergelak sampai sekarang:
"Kami minta ampun dan maaf kalau ada salah dan silap kami pada bos, kami dah pun maafkan segala kesilapan bos pada kami" 
 
Ha, korang agak ada tak staf tempat lain bagi ucapan macam ni kat bos diorang? Yelah kan kita ni semua pun manusia.  Tak lari dari buat kesilapan.  Bukan kita je selalu buat dosa kat bos tapi bos pun sama jugak.  Kadang-kadang nak marah kita tak tentu pasal kan.  Dia kena marah dengan orang atas, alih-alih dia lampiaskan kemarahan dia kat kitorang yang staf kecik ni. 
 
Tapi tak apa la, dah tak lama pun nak bekerja dengan dia.  Semoga dia lebih baik dan berjaya di tempat baru dan semoga PA baru dia di sana tak stress macam kami kat sini..ahakss... Bos baru entah camne pulak pe'el nya.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment