28.12.11

Alahai....Malaysia Negara Bermusim?

Uish...lamanya tak jengah ke blog yang satu ni..asyik tertumpu pada http://www.shilazizi.blogspot.com je, yang ni terabai. Sekejap je dah nak masuk tahun baru kan...tapi apa perubahan yang ada?? Azam aku dah terlaksana ke semuanya?  Persoalan...persoalan...jawapannya?? Perubahan status mungkin la kot..single to? Married? Oh..no..no..no... engaged je kot. hehe...yang lain? Banyak lagi kot tapi malas nak share kat sini..Hehe...
 
Yang penting bulan terakhir dalam setiap tahun ni haruslah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti wajib. Dah macam musim pun kan. Kalau kat oversea ada musim sejuk, musim panas, musim luruh dan musim bunga tapi kat Malaysia ni lagi hebat.  Segala jenis musim yang tak ada kat sana, ada kat sini.  Musim berkhatan-Disember, musim orang kahwin-setiap kali cuti sekolah, musim buah, musim hujan-kompom ada negeri yang dilanda bah, musim kemarau dan lagi satu musim yang sangat tak baik...musim mengawan!! (bukan haiwan tau tapi remaja yang sumbang mahram dan melahirkan anak-anak yang tidak berdosa 9 bulan 10 hari kemudian).
 
 
musim buah kat rumah aku
 
 ==>>>>>  ATAU
 
musim mengawan!! hasilnya????                                                             
kredit: Pakcik Google
 
musim hujan dan banjir tidak dapat dipisahkan
 
 =====>>>>>>>
musim berkhatan...bersunat ler..
 
 
 
 
 

1 comment: