28.3.12

Kosong....kosong....

Sekali aku dengar lagu ni terus jatuh cinta.... Ni kira lagu penaik semangat aku jugak ler...Meh, aku share liriknya dengan korang...video? Korang cari la kat youtube..melambak! Nak cover version pun ada.
 
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
 
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong .. kosong ..
 
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Ooo..woo~
Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
kosong .. kosong ..
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
 
 

23.3.12

Ayat Tak Boleh Blah.. =)

 
Tadi kitorang ada rakaman untuk buat video perpisahan sempena pertukaran bos ke tempat lain.  Memandangkan aku ni ex-PA bos, so, aku bergabung tenaga dengan PA bos untuk buat ucapan bersama-sama (together-gether katanya..).  Antara ayat yang aku rasa nak tergelak sampai sekarang:
"Kami minta ampun dan maaf kalau ada salah dan silap kami pada bos, kami dah pun maafkan segala kesilapan bos pada kami" 
 
Ha, korang agak ada tak staf tempat lain bagi ucapan macam ni kat bos diorang? Yelah kan kita ni semua pun manusia.  Tak lari dari buat kesilapan.  Bukan kita je selalu buat dosa kat bos tapi bos pun sama jugak.  Kadang-kadang nak marah kita tak tentu pasal kan.  Dia kena marah dengan orang atas, alih-alih dia lampiaskan kemarahan dia kat kitorang yang staf kecik ni. 
 
Tapi tak apa la, dah tak lama pun nak bekerja dengan dia.  Semoga dia lebih baik dan berjaya di tempat baru dan semoga PA baru dia di sana tak stress macam kami kat sini..ahakss... Bos baru entah camne pulak pe'el nya.
 
 
 
 


22.3.12

Berbuih Mulut!

Aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat.  Semua tugasan aku dah buat sebaik mungkin.  Tapi orang tetap nampak tak elok jugak.  Lantaklah! 
Aku ni dah la jaga kenderaan jabatan macam aku ni PPT pulak.  Padahal PA je.  Hebatkan aku? PA conquer semua kerja-kerja CC dengan PPT. 
 
Woi! Korang ingat aku nak sangat ke?  Puas dah aku tolak tapi bos suruh jugak.  Tak apa la kan.  Dah aku ni 'saya yang menurut perintah' kan...
 
Memula pasal bas jabatan, berbuih dah mulut aku ni cakap. Bas tak boleh pakai dah.  Dah season sangat! Kena buat high maintenance tapi ada pihak kata MAHAL!  Nama pun high maintenance kan. Takkan harganya RM 300 je kan.  Guna akai la wei.  Aduh belajar tinggi-tinggi, pangkat tinggi dari aku tapi tak boleh nak pikir! 10 tahun dah bas tu pun.  Dahlah pakai tak berhenti. Ada je nak jalan ke sana ke sini. Haruslah jahanam! 
 
Yang minta nak pakai bas- aku dah bagitau bas tu tak boleh jalan jauh.  Bukan tak bagitau ye, dah diwarning awal-awal tapi berkeras nak jugak.  Ha, amik kau! Aku bagi je.  Malas nak bertekak.  Sekali tersadai tepi jalan.  Salah siapa? Lu pikir la sendiri...
 
Hari ni pulak 1 lagi kenderaan jabatan buat hal.  Malas nak cakap la kan.  Bila cakap, bila bagitau, semua bagi alasan yang sama!  MAHAL!  TUNGGU DULU! Itu je la alasan yang boleh korang bagi.  Aku jaga perjalanan kenderaan jabatan je.  Bab maintenance orang lain yang jaga.  So, orang nak pakai, aku bagi je la.  Aku pun survey dulu dengan driver boleh ke tidak sesebuah kenderaan tu jalan ke tempat yang jauh, bila diorang bagi lampu hijau, aku on je la.  Driver la yang kena tanggungjawab bila dah rosak or tersadai tengah jalan kan.  Nasib korang la....

21.3.12

SPM...Sedih...Panik....Malatop!

Kisah SPM lagi...Hari ni confirm 90% blog cerita pasal kisah SPM diorang termasuk la aku.  Dulu aku time nak amik result memang semalaman tak tidur nyenyak. Dada berdebar je..Risau! Ye lah mak abah dah berkorban memacam demi nak tengok anak dapat result cemerlang.
 
Time depan cikgu, nak amik result memang aku target gagal 5 subjek (4 elektif+1 teras). Tetiba tengok result, cikgu bagi....jeng..jeng..jeng... tergamam kejap. Macam tak caye. Aku lulus semua subjek!!  Maths dapat A pulak tu. Add Maths memang luar jangkaan...Sejarah pun...B pulak tu. English pun sama. Bersyukur sangat-sangat.
 
Balik dengan penuh bunga-bunga dan pelangi dalam hati...Tak sangka orang yang tak berapa pandai macam aku pun berjaya jugak akhirnya walaupun tak cukup cemerlang.  Tapi aku dah buktikan yang aku dah belajar sehabis baik.
 
Hasilnya sekarang? Aku, bekas pelajar Politeknik Port Dickson, jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan 2003-2005 dan berkhidmat sebagai Setiausaha Pejabat di jabatan kerajaan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. ( Tak pandai pun leh dapat kerja..ahakss...usaha berterusan itu penting)
 
Aku bangga dengan diri aku!  Terima kasih mak! Terima kasih abah!
 

20.3.12

Not in Mood :(

 
Kenapalah ek...dah dekat 2 minggu lebih aku tak ada mood.  Bukan tak ada mood nak buat kerja je tapi untuk semua benda.  Sebelum banjir pun mood dah swing..Ni kan pulak lepas banjir sampai sekarang, mood macam roller coaster...aduuhhhh!!
 
 
Kredit: Pakcik Google (nak gambar cantik je..hehe..)
 
Hari ni aku kena pergi interview Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea.  Memang tak ada mood langsung! Dah la susah nak dapat peluang ni.  Aku memang macam tak bersedia je.  Sampai ke saat ini masih tak buat apa-apa preparation. Padahal lagi 2 jam nak interview ni...
 
Ada cara tak nak betulkan mood aku ni back to normal??
 
 

16.3.12

Bukan sedara pun hulur bantuan...sedara sendiri???

Aku sedih bila teringat peristiwa banjir tempoh hari... http://shilazizi.blogspot.com/2012/03/banjir-lumpur-melanda-aku-trauma.html Nasib baik aku ada sokongan keluarga yang kuat. Inilah tulang belakang kami anak-beranak.  Sesama cuci rumah, buang perabot yang dah tak boleh nak guna lepas kena air, buang selut sampai bersalut lumpur seluruh badan. Teringat jugak cakap-cakap jiran aku time aku sidai kain baju yang baru berbasuh akibat berlumpur, 'Ada sedara duduk dekat pun tak datang tolong. U ada orang mari tolong ka?' (Jiran aku ni kaum India) Aku hanya mampu menggeleng je. Dia sambung lagi, 'Kalau kita buat party ka, kenduri ka, tak invite pun boleh mari, kita sekarang susah, semua sedara buat diam je. Datang, tengok rumah. Kotor. Terus patah balik'
 
Aku akui apa yang jiran aku sebut tu jugak kena kat batang hidung sendiri.  Tak ada langsung sedara nak datang menjenguk atau hulur bantuan.  Berbeza dengan sorang lagi jiran aku yang sedara & family semua datang dari Kelantan semata-mata nak tolong cuci dan kemas rumah.  Sedih mengenangkan nasib diri.
 
Itulah kan. Dah orang cakap, setiap dugaan yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Dugaan yang aku terima dalam banjir tu telah menemukan aku dengan hikmah Allah. Sedara time senang melambak la. Tapi time susah? Setakat bercakap kat FB je, tak guna jugak kan.  Aku sendiri tak sangka sedara semua macam ni. Kalau rumah diorang pun banjir sama, tak kisah la. Ini tak, rumah kering-kontang. Tinggal pun sekitar KL je.  Bukan nak mengungkit tapi kesian kat mak abah aku yang pantang dengar sedara dalam kesusahan, jam-jam tu gak nak pergi tolong. Sampai sanggup berulang-alik hari-hari pergi rumah sedara. Time mak abah aku susah sekarang ni, sorang pun tak timbul. Menangis diorang mengenang nasib diri.  Nasib la ada anak-anak kata diorang. (Aku hampir menitiskan air mata saat taip entri ni)