28.12.11

Alahai....Malaysia Negara Bermusim?

Uish...lamanya tak jengah ke blog yang satu ni..asyik tertumpu pada http://www.shilazizi.blogspot.com je, yang ni terabai. Sekejap je dah nak masuk tahun baru kan...tapi apa perubahan yang ada?? Azam aku dah terlaksana ke semuanya?  Persoalan...persoalan...jawapannya?? Perubahan status mungkin la kot..single to? Married? Oh..no..no..no... engaged je kot. hehe...yang lain? Banyak lagi kot tapi malas nak share kat sini..Hehe...
 
Yang penting bulan terakhir dalam setiap tahun ni haruslah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti wajib. Dah macam musim pun kan. Kalau kat oversea ada musim sejuk, musim panas, musim luruh dan musim bunga tapi kat Malaysia ni lagi hebat.  Segala jenis musim yang tak ada kat sana, ada kat sini.  Musim berkhatan-Disember, musim orang kahwin-setiap kali cuti sekolah, musim buah, musim hujan-kompom ada negeri yang dilanda bah, musim kemarau dan lagi satu musim yang sangat tak baik...musim mengawan!! (bukan haiwan tau tapi remaja yang sumbang mahram dan melahirkan anak-anak yang tidak berdosa 9 bulan 10 hari kemudian).
 
 
musim buah kat rumah aku
 
 ==>>>>>  ATAU
 
musim mengawan!! hasilnya????                                                             
kredit: Pakcik Google
 
musim hujan dan banjir tidak dapat dipisahkan
 
 =====>>>>>>>
musim berkhatan...bersunat ler..
 
 
 
 
 

17.11.11

Kecewa Tapi Cover

Even aku belum ada anak tapi perasaan keibuan tu dah wujud dalam diri aku.  Tak tau la semenjak bila. Maybe sebab aku ada adik-adik yang masih bersekolah kot.  Sorang 12 tahun, sorang lagi 7 tahun. Selalunya, part-part sekolah ni, mak abah yang buat tapi kekadang tu ada gak aku join sama.
 
# Beli barang sekolah - mak abah
# Awal tahun time daftar sekolah - abah
# Sepanjang sesi persekolahan:
1. Meeting PIBG - abah
2. Amik report card - gilir2 (abah dengan aku...tengok kelapangan)
3.  Kekadang adik minta beli buku ke duit belanja lebih ke - aku, abah, angah
4. Amik result PSRA sekolah agama - aku
5. Amik result UPSR - si abang amik sendiri SEBAB....
 
Semalam usaha aku balik dari ofis dalam kul 3.00 petang sebab nak amik result si abang yang PSRA tu sebab aku tau mak aku takkan pergi amik punya (kaki dia sakit, mana larat nak jalan kaki jejauh menapak pergi sekolah agama depan jalan tu). Abah pulak sibuk.  Katanya esok je dia pergi sekolah kebangsaan untuk amik duit sekolah adik yang government bagi tu. Ala..yang RM 100 tu ler.  Korang pun mesti dapat kan kalau dah ada anak yang sekolah.  Tapi nampaknya usaha aku tak berbaloi bila aku jumpa ustazah dia dan tengok sijil PSRA dia cuma dapat 13.4% je.  GAGAL weih!!!  Aku memang sedia maklum yang adik aku ni memang malas belajar.  MALAS SANGAT!!  Menyanyi dia nombor 1!!  Memang sedih sangat.  Tak tau nak cakap la..Dalam hati aku terus berdesup satu perasaan yang tak boleh nak diungkapkan.  Memang nak meleleh airmata aku time tu tapi aku cover.  Kecewa sangat aku.  Sampai tak sanggup nak cakap apa pun kat dia.  Dialah adik yang paling dimanjakan abah aku.  Ni balasan yang abah dapat.  Anak fail exam!!
 
Baru ni abah call aku bagitau keputusan UPSR dia.  Jugak mengecewakan!! 3C 2D. GAGAL LAGI!!  Hmm..abah dah buat keputusan nak hantar dia ke sekolah tahfiz.  Sebab utama, tak nak dia berkawan dengan kawan-kawan dia yang sekarang ni.  Semuanya...entahlah.  Tak rupa orang pun aku tengok.
Punca-punca kegagalan jugak tu...Salah pilih kawan.
 
 
So, sebab aku untuk no.5 yang kat atas tu...adalah KECEWA!!!  Nasib aku tak pergi amik.  Kalau tak, bertambah-tambah kekecewaan aku sebagai seorang kakak!!
 
 

11.10.11

Terima Kasih bagi Darah Aku TURUN LAGI!!

Aku tak tau la kenapa dari minggu lepas sampai ke minggu ni, suka sangat diorang ni buat aku turun darah!!! (bukan bleeding nak bersalin tu tau).  Aku tak usik orang tapi orang suka sangat tak puas hati tengok aku.  Tahap kesabaran aku dah habis maksimum la wei... Dah minta tolong aku, aku tolong.  Tapi, jangan la amik kesempatan lelebih pulak kan!! Isyy!!! X( angryX( angryX( angry
 
Anyway, thanks jugak untuk insan-insan yang dah buat aku selalu hangin satu badan sebab atas perkara yang terjadi inilah yang menjadikan aku lebih kuat menghadapi karenah diorang dan aku jadi lebih berani. (Bukan berani nak bertumbuk tau..yang itu aku dah lama berani...hehe....:) happy) No more chances after this!!
 
Hitam kata aku, hitamlah!  Putih kata aku, putihlah jawabnya.. Siapa berani lawan, silakan. (aku bukan nak cabar tapi dah korang yang cabar aku kan, nah!! Rasakan sekarang aku mula nak menggila kuasa) :)) laughing>:) devil
 

5.8.11

Dah 5 hari puasa...

Sekejap je rasa puasa tahun ni... dah masuk hari ke-5.  Tapi apa yang tak bestnya, terlampau banyak dugaan aku rasa minggu ni. Mentang-mentanglah puasa kan.  Berdepan dengan orang yang banyak songeh, tak paham bahasa..ha, last-last kena tengking dengan aku.  Amik ko!!!  Aku memang pantang kalau orang tak paham bahasa ni.  Tanya berkali-kali. Dah aku kata sabar, sabar je la dulu.  Tak boleh sabar jugak, aku pun hangin la.  Puasa tu puasa jugak tapi kalau dah tahap kesabaran aku dicabar sampai tahap gaban, memang tak ar...nak pulak yang mencabar kesabaran aku tu bukan muslim...hmm...X( angry

2.8.11

Ko ingat ko besar, ko boleh buat ikut suka ko!!

Memang macam s****!!! Ha, tak pasal2 aku nak maki hamun pepagi ni.. Geram giler.  Dah ko cuti, memanglah bos aku amik alih jap.  Buat apa yang patut.  Takkan aku nak tunggu ko jugak.  Dah tentu aku pas surat tu kat bos aku. Pastu sesuka hati nak hentam aku.  Memang hamlau betul.  Boleh tak aku cakap aku jadi makin benci dengan ko!  Sumpah lepas ni aku tak hingin tegur ko lagi.  Sikit pun dah takde respect aku kat ko.  Camne aku nak respect orang macam ni.  Dia tak boleh respect orang bawah, takkan kita nak respect dia pulak!!  Kalau orang buat t*** dengan aku, ingat aku nak bagi perfume kat ko..kim salam!!!

29.7.11

Pepagi lagi buat aku hangin!!!

Bengang betul aku pagi ni.  X( angryDah la suruh aku ganti tempat PA dia...grrrrrr!!!
 
F: Shila, meh kejap.
Aku: Ye dr. Nape?
F: Ayu cuti hari ni.  Awak dok sini. Banyak sangat call masuk. Takde sapa nak jawab ni.  Saya takut ada call dari kementerian je.
(Ayu tu nama PA dia ler)
Aku:  Oo..ye ke?
F: Eh, awak tak tau ke dia cuti? Dia takde bagitau awak?
Aku: Takde pun. Dia tak cakap apa-apa pun.
F: Hmm..
Pastu dia masuk bilik dia.  Aku pun sambung buat kerja aku.  Maklumlah semalam aku cuti.  So, banyak la surat keluar masuk bos aku yang aku kena bereskan sebelum jam 9.00 pagi.  Dah siap tu aku amik bekal yang aku bawa dengan nescafe yang aku buat pergi kat tempat PA dia.
 
F: Shila, awak buat kopi ke?
Aku: Tak. Saya buat nescafe. Nape dr?
F: Awak letak jauh2. Letak kat pantry. Saya tak boleh bau nescafe. Sakit kepala.
Aku: Ok dr.
Aku terus gerak pergi pantry bawa nescafe dengan bekal sekali. Nak breakfast kan. Padahal dulu, bawa air apa pun dia tak ada hal. Sekarang ni dah tua kot..
Tetiba dia datang kat pantry..
F: Shila, awak buat pe kat sini? (Aku tak sempat jawab)/:) raised eyebrows
(Dah tentu2 dia nampak aku buka bekal makan aku dengan ada secawan nescafe kat atas meja depan aku tu, dah tentu aku nak sarapan kan...ngok toll)
F: Kan saya dah kata jangan tinggalkan tempat. Telefon tak ada orang jawab tu. (Pastu terus je dia masuk balik ke bilik dia)
(pergh...memang menyirap betul! Dah la aku bawa nescafe dia bising..pastu datang kat pantry nak sound2 orang pulak..nasib baik aku nak gak dok kat situ tau, kalau tak..gi m****s ar!!!)
 
Sangat tension & bengang..pepagi nak buat hal..

26.7.11

Memori...

Tetiba je aku teringat memori dulu-dulu....Takde la dulu sangat kan..tapi kalau dah lepas tu kira dulu la tu kan...hehe...:D big grin Aku rindu nak pergi jenjalan dengan famili, holiday dengan kengkawan, shopping sakan macam dulu....hmm bila la berulang lagi kan...